Soal:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca
yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada
dalil yang jelas mengenai perkara ini.
Jawab:
Oleh: TuanHassan Tn-Lah < [EMAIL PROTECTED] >
Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang
direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud
(tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini
antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh
Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi
(anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan
Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan
membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah
bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya.
Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan
ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.
thtl for al_ahkam online
--------
From: Tn Hassan Tn Lah <[EMAIL PROTECTED]>
Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?
Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni
tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam
lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)
th
--------
Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita
digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan
apa yg diceritakan thtl.
Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web
antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah
Daimah
Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz
Basri Ibrahim, Kusza...
Penjelasan:
Baca yaasin tidak bid'ah.
Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu
sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
Th
--------
Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu
syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan
buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?
Jawab:
Pendapat tersebut adalah Dha'if.
Perkara di atas terdapat di dalam beberapa kitab tetapi nas atau
sumbernya tiada yang sahih.
Tiada ditemui sumber/nas sahih berkaitan perkara di atas setelah
dilakukan kajian mendalam oleh berbagai pihak.
From: Tn Hassan Tn Lah <[EMAIL PROTECTED]>
Soalan :
Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?
Jawab:
Berkata Imam asSyawkani (Nailool Awthor, Jld
3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas
15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis
dha'ef.
PUASA DI BULAN SYAABAN
Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah
Radhiallahu `anha berkata:
Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda
tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami
mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah
melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam
menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada
bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda
berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban."
(Hadith riwayat Bukhari)
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam memperbanyakkan
berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh
beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat
engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan
sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan
Sya`ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana
bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana
terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan
Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan
manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka
supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam
keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)
Wallahualam
Thursday, August 06, 2009
Nisfu Syaaban : Bida'ah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment