Thursday, March 17, 2011

Tsunami di Jepun

Tsunami di Jepun
1. Saya ingin mengucapkan takziah kepada warganegara Jepun terutama bagi mereka yang kehilangan keluarga, rakan dan kenalan.

2. Memang sangat memeritkan melihat semua kejadian berlaku sekelip mata. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita yang stabil, mungkin sukar untuk membayangkan bagaimana mereka berhadapan dengan situasi yang sukar.

3. Seluruh dunia memanjatkan rasa simpati dan ada yang memberikan bantuan dari segi wang ringgit, bantuan kemanusiaan, doa dan sokongan moral. Ini sedikit sebanyak membantu dalam usaha pemulihan negara tersebut.

4. Keadaan bertambah buruk dengan ledakkan reaktor nuklear yang terletak di Fukushima. Kerosakan pada stesen janakuasa akibat daripada gempa bumi menyebabkan suhu di loji nuklear tidak terkawal.  Setiap minit stesen TV CNN dan BBC menyiarkan perkembangan terkini berkenaan letupan di loji tersebut. Rusuhan di Libya dan Bahrain tiada lagi kedengaran kerana fokus seluruh dunia lebih menjurus kepada negara kuasa ketiga ekonomi dunia ini.

5. Kesan dari peristiwa tersebut terhadap negara dan perantauan sangat jelas. Bagaimana ekonomi di Jepun merundum dalam masa beberapa hari dengan kejatuhan index Nikkei sebanyak 10.55 peratus dalam masa sehari. Walau bagaimanapun, suntikan Bank of Japan sebanyak USD43.3 billion kembali melonjakkan harga pasaran sekaligus memulihkan keadaan ekonomi serantau.

6. Walaupun berdepan dengan masa yang genting, saya yakin Jepun pasti berjaya mengatasi kesulitan yang dihadapi mereka dalam jangkamasa yang singkat. Kemampuan rakyat Jepun dalam menyelesaikan masalah memang tidak dapat disangkal dan budaya ini sememangnya tersemat pada diri setiap warga Jepun. Semoga segalanya kembali kepada keadaan sedia kala.
Can't understand the post? Use google translate and turn it to your preferred language.

More pictures here

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...