1. Saya teringat semasa membaca salah satu buku pelaburan hartanah oleh Azizi Ali bertahun-tahun sudah. Beliau menyentuh sedikit berkenaan Feng-shui.
2. Kata beliau, bukan isu sama ada kita percaya atau tidak berkenaan Feng Shui. Tetapi ianya penting dalam pelaburan hartanah.
3. Bagaimana ianya penting? Kerana hartanah yang kita beli, kita mahu sewakan atau jualkan untung mendapatkan pulangan pendapatan. Orang yang menyewa berkemungkinan mengamalkan Feng-shui dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi harga pasaran atas dasar market demand.
4. Oleh yang demikian, kita perlu tahu sedikit sebanyak berkenaan feng-shui untuk memaksimakan pulangan pelaburan.
5. Begitu juga kisahnya dengan rahsia tarikh lahir. Semasa saya mempelajarinya kali pertama dalam seminar rahsia tarikh lahir kendalian Dr. Azizan Osman pada tahun 2010, ramai yang mengkritik tentang kaedah penggunaan tarikh lahir kerana ia mungkin berkait dengan kepercayaan dan tilik nasib.
6. Saya tidak pula mempercayainya secara taksub. Walaubagaimanapun saya mengambil keputusan untuk tidak mendalami ilmu tersebut kerana kontroversi yang mungkin bakal tercetus. Dalam masa yang sama, saya tidak menolak seratus peratus perkara tersebut.
7. Pada bulan lepas, saya dibawa oleh seorang rakan niaga bertemu dengan seorang Dato' untuk diperkenalkan sebagai penceramah.
8. Pertemuan diatur. Saya membentangkan kelayakan serta profil saya sebagai jurulatih, pengalaman lepas, serta beberapa idea tentang kandungan kursus.
9. Setelah mendapat persetujuan tentang beberapa perkara, saya ditanya berkenaan tarikh lahir. Hasil daripada kiraan, saya dikatakan mempunyai bakat tentang komunikasi kerana terdapat tiga kombinasi nombor yang mengatakan antara kekuatan saya adalah pada komunikasi.
10. Dato' tersebut juga mengesyorkan saya untuk fokus pada bidang ini, dan tidak perlu untuk mengeksplorasi bidang-bidang yang lain. Katanya "oil and gas ke apa ke, tak payah. Fokus pada bidang komunikasi."
11. Hasil daripada keputusan tarikh lahir ini, ia lebih meyakinkan Dato' yang membuat keputusan. Surat lantikan juga dikeluarkan dalam beberapa hari. Dan beberapa program bersiri sudah pun dijalankan.
12. Bukan isu sama ada kita percaya atau tidak. Tetapi orang lain mungkin menggunakan beberapa 'tools' untuk menilai kita sebelum memberikan projek, atau mungkin majikan menggunakannya untuk mengambil kita sebagai pekerja.
13. Seperti juga kata Azizi Ali dengan pandangan beliau mengenai Feng Shui.
1 comment:
Pos Hebat. Terima kasih kerana berkongsi.
Buy Custom Website
Post a Comment